Tuesday 19 April 2016

Separuh Akhir 1 Superbest Power Piala FA 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & FB Kedah FA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

LIVE DARI STADIUM DARUL AMAN
SEPARUH AKHIR 1 SUPERBEST POWER PIALA FA 2016
KEDAH VS JDT FC

Kedah menang yeay!

Keputusan yang memang saya jangka! Ewahhh!!

Tapi nak habaq mai... game ni memang best. Dekat dua tahun kot tunggu Kedah bertembung dengan JDT... akhirnya malam tu bertemu juga depa. Sebab tu la saya pi tengok kat Stadium.... sebab saya pun peminat JDT. Oh owh... #jangankecamsaya.

Tapi untuk malam tu mesti la saya sokong team Lang Merah... mana boleh sokong JDT... saya pakai jersi HijauKuning kot... tak caya..? Ha tengok kat bawah ni...


Aksi Separuh Akhir 1 saya tengok Badrol dengan Liridon memang bagi persembahan yang amat baik. Depa dua memang bekerja keras memastikan kemenangan Kedah malam tu. Walaupun kami semua terkejut tengok Badrol dapat kad kuning tapi itu tak mematahkan semangat. Perjuangan harus diteruskan. Tapi memang tak puas hati gak la... awal lagi kot nak bagi kad kuning pun... pengadil ni memang nak kena kad merah ni!!


Liridon pula saya tengok memang selalu dapat bola dan dia memang tangkas mengawal bola tu. Pusing kiri kanan kiri balik depan belakang semua ada... cayalah Liridon!!


Gol pembukaan Kedah dijaringkan oleh Muhamad Farhan Roslan. Terbaik la Farhan... selalu dia jadi pemain simpanan jer tapi kali ni dia tersenarai awal-awal lagi. Saya sebenarnya terkejut gak, tetiba ja gol. Memang tak dijangka langsung!!


Gol kedua pula hasil rembatan padu Sandro Mendonca di minit-minit akhir separuh masa pertama. Masa ni rasa memang puas sangat sebab dah 2 gol tapi hati tu tau dah. Satgi JDT mesti bangkit lawan balik. Siap la Lang Merah!!

Tapi Lang Merah tak gentar. Kita mampu bertahan untuk 45 minit seterusnya. Dan akhirnya.... wisel pun ditiup setelah habis lima minit masa tambahan. Kedah berjaya menewaskan JDT FC dengan gol 2-1. Semua pun happy, semua pun nyanyi lagu 'Biar Jasa Jadi Kenangan' sejurus sahaja tamat perlawanan.

Dengan bekalan agregat 2-1 kita ke Larkin 30 April nanti. Pastinya lebih mendebarkan. Kalau tak silap saya Liridon dan Amirul Hisham Awang tidak dapat beraksi di Larkin nanti sebab dah dapat dua kad kuning. So lu pikirlah sendiri. Dup dap dup dap tu....... apa-apapun teruskan sokongan padu kita buat skuad Lang Merah.

#PulunKedahPulun

Jom kita cuci mata tengok gambar-gambar kenangan ni dari lensa kamera Kedah FA. Thanks Kedah FA.








Ini pula gambar kenangan dari lensa Note saya. Enjoy!!






Adios!

No comments:

Post a Comment