Saturday 2 April 2016

[2016] #3 Alor Setar Half Marathon

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#MarchRun

Weehoo... kita berkampung lagi di Alor Setar. Lately ni asyik berulang-alik ke Alor Setar saja. Tapi kali ni tak pi jalan mana-mana la, just pi untuk run ni saja. Namun sempat juga la tengok bola Kedah vs Kelantan kat Stadium Darul Aman. Hahah! Dan lagi tu!!

[05.03.2016]
ALOR SETAR HALF MARATHON
MENARA ALOR SETAR KEDAH


#RunForAll

Alor Setar Half Marathon 2016 dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pertubuhan Patriotic Kibar Malaysia (#KIBARMY). Run ini bermula dan berakhir di Menara Alor Setar. Ada 5km, 10km dan 21km. Dan macam biasa saya join 10km saja. :)

Run untuk 10km bermula sekitar pukul 6:45am. Dari hotel ke Menara ambil masa dalam 5minit saja, jadi tak adalah tergesa-gesa sampai. Ambil masa cukup-cukup untuk buat warm up saja. Tapi rasa pelik juga masa sampai kat tempat start tu sebab nampak ada ramai juga orang luar terutama orang Kenya. Setahu saya event ni hanya dibuka untuk Malaysian saja... memang masa register tu saya ada baca kat T&C dia. Tapi maybe lepas tu penganjur tukar T&C kot....

Route untuk Alor Setar Half Marathon 10km bagi saya memang okay sangat-sangat. Ada sekali sahaja dalam km ke 8 kena panjat bukit sikit. Memang saya jalan saja la masa naik bukit tu.... haha...penat kot naik bukit. Kira part tu lah part yang ambil masa paling lama dalam run ni. Run kali ni saya complete dalam 1:31:39. Tapi saya check rekod saya lari 10.75km bukan 10km cukup. So kira okay la tu. Standard la tu kan...

Lepas habis run macam biasa lepak+chat dulu ngan geng-geng runner. Makan pisang sebiji dua. Ambil gambar apa sikit. Lepas tu kita balik la.




Adios!

No comments:

Post a Comment