Thursday 17 March 2016

Movie Time: Bajrangi Bhaijaan

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[BAJRANGI BHAIJAAN]

Inilah filem Hindi yang wajib anda tengok!!


Filem ni ditayangkan secara rasmi pada Julai 2015. Tapi rasa pelik pula sebab dua-tiga bulan ni baru femes pasal filem ni. Masa last year Julai tak de dengar pulak pasal Bajrangi Bhaijaan ni. Tapi tak apalah, tarikh tak penting. Yang penting saya dah tiga kali tengok weyh. T.I.G.A... dan tak mustahil saya akan repeat lagi!!

Saya sebenarnya bukanlah peminat Salman Khan, apatah lagi adik comel `Shahida' tu. Kenal pun idok. Kareena Kapoor tu boleh la... minat lakonan dia ja, orangnya tak minat. Tapi ada banyak sebab kenapa saya tengok filem ni. Nak tahu ...? Meh saya senaraikan :)

1. Firstly, of cos la sebab semua orang dok bercerita pasal filem ni. Siap comparekan dengan filem Dilwale lagi. Oleh sebab saya ni peminat tegar cita hindustan so kena tengoklah juga. Mana boleh weyh, nanti orang tanya kita tak tau. Hahah~

2. Bila dah tengok cita ni... Mak Aiii....best giler weyhh.... kami nangeh meramu ayaq mata. Dah kering tu tetiba nangeh lagi. Ha ni baru betoi cita Hindustan weyhh... bukan macam cita tu....! Tettt...

3. Jalan cita ni memang penuh dengan nilai-nilai murni. Memang sesuai sangat la menonton bersama keluarga. Pastu jangan lupa terapkan nilai-nilai murni tu. Wahh gitu!!

4. Lagu-lagu kat dalam cita ni tak dak la lagu romantik mendayu-dayu. Tak sesuai kott. Tapi lagu-lagu yang ada dalam filem ni memang kelakar... lawak gila especially lagu ayam tu... memang enjoy la... Sat nak habaq... Kareena Kapoor tu memang suka wat mata camtu kot!

5. Latar tempat memang cantik weyh... kalau nak pi Pakistan memang tak pi la kot... so tengok cita ni ja la... konon-konon dah sampai sana...

6. Bajrangi Bhaijaan mengisahkan tentang seorang lelaki India yang amat naif yang cuba menyatukan kembali seorang budak perempuan Pakistan yang sesat di India dengan keluarganya semula. Budak perempuan ni (Shahida) seorang perempuan yang amat comel tetapi dia bisu weyh. So uolls bayangkan la macam mana si Pawan ni nak tau budak ni dok mana, orang mana, rumah kat mana. Kan. So dalam usaha dia nak tau asal-usul Shahida tu, memang banyak la kisah-kisah kelakar antara depa dua ni. Macam-macam kisah jadi... last-last Pawan tau jugak la yang Shahida tu sebenarnya berasal dari Pakistan. Rumah dia kat satu kawasan pergunungan yang cantik. Dah tu bermulalah episod perjalanan depa dua ke Pakistan. Macam-macam dugaan melanda tapi akhirnya berjaya juga Pawan ni menyatukan Shahida dengan keluarganya. Masa nilah sedih weyhh... memang touching sungguh... ampa tengok la cita ni... mesti ampa pun nangeh...

Okay cukup-cukup... dah cukup sebab untuk kita tengok cita ni. Kalau rasa tak cukup ampa boleh baca sinopsis dia kat SINI.

Nah, kami belanja ampa gambaq2 dari cita ni dulu.





Lepaih ni ampa teruih pi tengok cita ni tau. Janji!

Adios!

No comments:

Post a Comment