Sunday 6 March 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Pisang Goreng Cheese

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tadi kita dah pi makan Pulut Durian dan Pulut Mangga kat Gerai Awi Pulut. Sekarang ni kita nak pi try Pisang Goreng Cheese pula. Gerai Pisang Goreng Cheese terletak di belakang Bank Rakyat Alor Setar dan sebelah Gerai Awi Pulut jer. Hehe... memang senang sangat. Sekali harung jer.


Gerai ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Start dari pukul 11am hingga 6pm. Pisang Goreng Cheese kat sini bagi saya lain daripada yang lain. Dah banyak tempat saya try tapi di sinilah Pisang Goreng Cheese yang terbaik! Tak tau nak habaq macam mana tapi sedap sangat. Saya 1000x suka!!


Yang paling sempoi tang coklat tu..... kering dan tak melekit. Rasanya memang terangkat!! Harga untuk satu set adalah RM3.00 sahaja. Memang berpatutan. Yang penting sedap! Kat sini juga ada dijual donut. Donut pun lembut dan comey-comey saiznya.

Okay uolls, kalau pi Alor Setar jangan lupa pi try Pisang Goreng Cheese abang ni tau. Alamak, rasa terliur pulak cerita pasal ni, nanti nak pi makan lagi. Yummy!!

Selesai bab makan, lepas ni kami nak pi shopping kat Pekan Rabu pula. Sape nak ikut jom :)

Adios!

No comments:

Post a Comment