Sunday 6 March 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Gerai Awi Pulut

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[GERAI AWI PULUT]

Masih di bandar Alor Setar. Kali ni kita nak pi pekena Pulut Durian pula. Kata orang, kalau nak makan Pulut Durian boleh pi cari kat Gerai Awi Pulut yang femes tu. Bukan sebarang femes tau tapi siap masuk JJCM TV3 lagi. Dasat baq hang. La ni kita dok dengar cerita orang saja buat apa kan! Jom kita pi try sekali!

Gerai Awi Pulut ni terletak di belakang Bank Rakyat Alor Setar. Macam biasa kita waze saja. Memang jumpa. Buka setiap hari dari pukul 8:30am sehingga ke petang. Walaupun gerai kecil tapi jangan dipandang sebelah mata. Kat sini ada dijual Pulut Durian, Pulut Kahwin, Pulut Mangga dan juga Nasi Ayam. Boleh tengok menu kat bawah ni.


Saya memang dah aim nak makan Pulut Kahwin. Pulut Kahwin tu maksudnya Pulut Durian+Mangga. 2 dalam 1 tu. Harga pun memang berpatutan. Tapi sayangnya masa saya pi makan tu mangga dia kurang ummpph. Warna kuningnya pudar. Kurang sempoi la pulak. Mungkin masa tu mangga tengah mood tak baik kot. Ahaks!

Bukan Pulut Kahwin saja, kami cuba juga Pulut Durian, Pulut Mangga dan Nasi Ayam Berempah. Okay, Pulut Durian memang best la. Semua orang makan licin pinggan. Tapi abang saya kata Pulut Durian kat Gulai 7 Kawah lagi sempoi. Hmmm, nanti saya buat review Pulut Durian kat sana pula.




Ha, tengok gambar saja pun boleh buat kita terliur kan. So kepada peminat-peminat Pulut Durian dan Pulut Mangga silalah terjah Gerai Awi Pulut. Tapi kan, saya terasa macam nak makan lagi la. Aha, tetiba mata terpandang Pisang Goreng Cheese. Macam sedap jer ni. Jom kita pi try tengok. Tunggu ceritanya di entri seterusnya.

Adios!

No comments:

Post a Comment