Tuesday 12 January 2016

Alora Hotel Penang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya nak review tentang Alora Hotel yang terletak di Bukit Jambul Penang. Dulunya hotel ini dikenali sebagai B-Suite Hotel tapi kini dah tukar kepada Alora. Malah sampai sekarang pun, ramai yang lebih kenal B-Suite berbanding Alora. Cuma masa saya check in hari tu, hotel ni masih dalam proses pengubahsuaian. Lobi hotel pun kat tingkat dua, lobi sementara yang kecil dan serba ringkas.


Hotel ini berdekatan dengan Kompleks Bukit Jambul dan hanya 5minit memandu sahaja ke Queensbay Mall. Bukan itu sahaja, ia terletak dalam jarak 15 minit pemanduan dari Jambatan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Pulau Pinang. Jarak ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong pun dekat. Kira memang terletak di kawasan yang amat strategik la.

Yang bestnya kat hotel ni, biliknya amatlah besar dan luas. Masa pertama kali check in kat sini, rasa teruja sikit. Lantainya dilengkapi dengan lantai kayu berwarna coklat dan krim neutral. Ada sedikit suasana tradisional dengan warna-warna sebegini.


Kemudahan yang disediakan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas hinggalah kemudahan membuat kopi/teh. Ada peti ais mini, ruang berehat sambil berbual dan balkoni yang cukup besar untuk kita lepak di waktu malam sambil menikmati suasana malam Bayan lepas Penang.





Yang paling tak boleh lupa, pancuran air di hotel ini amatlah kuat. Terasa bagaikan mandi di rumah sendiri. Memang best sangat. Bukan apa, selalu kalau dok hotel time mandi tu memang sedikit stress kalau pancuran air tu macam tak nak bagi kita mandi jer.... Tapi kat sini memang tak ada masalah.


Kalau yang bawa kereta tu, memang tak perlu pening-pening fikir nak park kat mana sebab hotel ini menyediakan tempat letak kereta secara percuma. Cuma kalau parking kat luar hotel tu, kena letak kupon lah. Nanti tak pasal-pasal kena saman pula dengan MPPP.

Nak cari tempat makan pun senang. Kiri kanan depan belakang ada tempat makan yang best. Maklumlah, Penang kan dikenali sebagai 'Syurga Makanan'. Paling dekat ialah Kayu Nasi Kandar, Restoran Nasi 7 Benua, Bangkok Tomyam dan macam-macam lagilah.


Okay, pada sesiapa nak bercuti ke Penang bolehlah check in kat Alora Hotel. Pastinya ia akan memberikan keselesaan dan pengalaman yang berbeza.

Adios!

2 comments: