Tuesday 14 October 2014

Mr Cendol @Lumut Perak

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & mrcendol.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sape suka makan cendol...? Angkat kening...hehe....

Ha, ni nak habaq ni. Kalau berkunjung ke Lumut Perak, jangan lupa singgah kat Mr Cendol. Rangkaian kedai francais yang menjadi tarikan masa kini. Dah nama pun Mr Cendol kan, jadi menu utamanya sudah tentulah cendol. Saya pasti ramai peminat-peminat cendol yang dah terjah Mr Cendol ni. Konsep Mr Cendol ialah DIY... tahu tak apa itu D.I.Y? Do It Yourself okay....


Sebenarnya ada banyak outlet Mr Cendol kat Perak. Selain kat Lumut, Mr Cendol juga ada kat Econsave Sitiawan, Giant Manjung, Medan Jaya Sitiawan, Batu Gajah, Ayer tawar dan yang terbaru kat Stesyen Esso Lumut dan Marina Island Pangkor. Kebetulan hari tu saya dan family bercuti ke Teluk Batik jadi singgah makan cendol dulu kat Pekan Lumut.

Ini outlet kat Stesyen Esso Lumut
Ada pelbagai citarasa cendol yang boleh anda pilih. Ada cendol mangkuk, cendol pulut, cendol aiskrim, cendol special dan cendol cawan. Saya pilih cendol mangkuk. Yang bestnya, air gula merah kita letak sendiri tau. Jadi boleh letak sebanyak mana yang kita suka. Gula merahnya pekat... letak banyak-banyak memang best!

Ha tengok ni... terliur tak ^_^
Inilah air gula melaka yang siap sedia kat atas meja. 


Bukan itu sahaja, kat Mr Cendol juga ada disediakan menu lain. Yalah, tak kan nak makan cendol saja kan. Jadi anda boleh cuba Nasi lemak, Nasi Lemak Special, Nasi Rendang, Rojak, Mee Rendang, Asam Laksa, Mee Rebus, dan Rojak Mee. Kalau nak tahu sedap ke tak, kena pergi sendiri cuba hokeeh ;)


Oh ya, satu yang best kat Mr Cendol Lumut ni...dia punya dekorasi sangat lah menarik. Ada banyak port-port best yang anda boleh berselfie dan bergambar segala. Ada diletakkan mesin ais lama sebagai pameran. Kira sape yang tak pernah tengok mesin ais dolu-dolu yang guna tangan tu, digalakkan berkunjung ke Mr Cendol ok. Bukan saja boleh tengok tapi siap boleh cuba buat cendol sendiri.




Ha... menarik tak. Jadi kalau pergi ke Lumut ke, Manjung ke, Sitiawan ke, Teluk Batik ke, Pulau Pangkor ke... dan yang sewaktu dengannya... jangan lupa singgah Mr Cendol tau :)

Jom Makan ^_^

No comments:

Post a Comment